Honeymoon Yogyakarta 1 Nov 2017 - 5 Nov 2017


Assalmualaikum/ Salam Sejahtera,

Hai guys,
Kali ni kyra nak story sikit pasal honeymoon kami di Yogyakarta untuk 5 hari 4 malam (1 Nov 2017 – 5 Nov 2017)

hope entry ni bermanfaat bagi korang  yang plan untuk pergi ke Yogyakarta.

Ok first of all Yogya mmg sebuah bandar yang terbaik. Orangnya baik and sopan. View dia sangat cantik. Makanan sangat sedap. Shopping heaven k. J

Ok kami naik AirAsia KL – Yogya – KL (RM200/pax)
8.20 am – Depart from KLIA 2
10 am – land at Adijusipto Airport Indonesia
------------------------------------------------------------------------------------------
Day 1
🚩 Reach Airport Adijusipto
Kami ambil pakej Supir untuk 4H3M = idr 3,200,000
Once reach yogya kami beli Simkad simpati untuk 30gb = idr60,000
so dah settle beli sim kad kami mulakan perjalanan untuk meneroka yogya tapi sebelum tu kena isi perut dulu, supir kami berhenti makan di Satria resto restaurant (lunch), restaurant ni di tepi jalan otw nak ke plaosan temple, kami order nasi ayam penyet. Restaurant sangat convenient so harga pon mahal jugak lah hehe  = idr 95,000

🚩Plaosan temple
Kat sini mostly tinggalan temple lama, kebanyakkan nya dah roboh disebabkan letupan gunung berapi berdekatan plaosan temple tu.
Basically plaosan temple ni dibina sebagai bukti cinta dua insan yang berlainan agama iaitu Agama Hindu dan Agama Buddha (suami & isteri). Kiranya bukti kasih sayang suami kepada isterinya.
Ok tak banyak benda boleh teroka di plaosan temple ni sebab keluasan agak kecil.
Lepas puas pusing2 di plaosan temple mesti rasa dahaga kan so kami beli air  Spritz di kedai berdekatan plaosan=  idr 6,000

🚩Tebing breksi
Next destination, tebing breksi, ok sini view cantik juga tapi panas lit lit. So kami just jalan2 and ambil gambar biasa. Ada few spot yang cantek and ada prop untuk bergambar tapi ada charge ya kawan2. So lepas penat jalan dalam panas kami beli Ice cream di tebing breksi = idr 2,000

🚩candi ijo
Ok last destination for the very first day. Ok kat sini temple ada sikit jugak. kebanykkan nya pelancong akan tengok sunset di sini. Candi ijo ni kawasan dia tinggi so memang best place for sunset view.
  
🚩 cekin hotel
Malam kami Makan ayam penyet di food court malioboro mall =  idr 80,000
Lepas makan kami jalan2 di sepanjag jalan malioboro tu, memang best sbb situ syurga shopping. Sepanjang jalan ada macam2 jualan. Just name it, hehe.
Shopping
Baju anis idr 20,000
Convenient store 19,000


Day 2
🚩 punthuk santubu (idr 60,000)
Ok first destination for second day was Punthuk Santubu. Actually from punthuk santubu  boleh direct terus ke bukit rhema via jalan bukit tapi sebab supir kami dah tunggu di bawah so kami turun ke bawah and guna jalan biasa je.

🚩 bukit rhema
Next! Bukit Rehma ok Dapat ubi goreng free after penat hiking. Hiking ni pon korang boleh choose either nak naik jip (dah lupa harga) or hiking FOC.
Dalam banggunan memang cantik gila. Korang boleh solat di ruang solat yang disediakan dalam banggunan tu di tingkat bawah sekali. Ada banyak bilik and bilik2 tu tak ada specific untuk mana2 agama sebabnya memang untuk ruang solat.
Basically bukit rehma ada 7 tingkat so penat jugak lah nak manjat naik ke atas tu. Lepas pusing2 korang boleh claim ubi goreng free di ruang café. Memang sedap ok ubi tu.

🚩 candi Borobudur
Ok next! Lepas bukit rehma kami gerak ke candi Borobudur. Sini memang tak perlu review apa2 sebab korang pon tahu kan tempat ni macam mana. Cumanya korang perlu pakai cap or payung sebab sangat panas. before korang masuk entrance tu akan disajikan korang dengan Free welcome drink. Boleh pilih mineral, coffee or tea.
Ok disebabkan kami tak bawa payung or cap so terpaksa Sewa payung = idr 5,000
Lepas pusing candi tu kami jalan2 di tempat jualan sebelum keluar so kami beli Mineral bottle = idr 5,000
Before keluar kami Lunch ayam penyet dulu di candi =  idr 37,000
Makanan murah jugak di sini cumanya souvenir agak mahal, beli souvenir di jalan malioboro ja ya korang.

🚩 kalibiru
Ok perut kenyang hati senang. Next destination Kalibiru. Tempat fevered nieh. Hehe
Ok port untuk ambil gambar ada banyak and berbeza harga. Diorang yang akan ambil gambar guna dslr and transfer ke handphone korang. Ada minimum purchase ya orang. Tak boleh ambil 1 gambar ja. Agak mencekik di situ tapi sebab kita jarang pergi so terpaksa beli jugak lah kan.
Jajan 10,000

🚩cek in hotel
Ok badan pon dah penat kita cekin hotel dulu and segarkan diri. Lepas tu keluar cari makan malam pula ya. kami makan di gerai dekat jalan malioboro ja. Ok time tengah makan tu ada pulak penyanyi jalanan datang naynyi kat kami and lepas nayanyi tu kami dipaksa bagi Sedekah/bayaran. This is quit surprising haha! Well dah pegi tempat orang kan, kita follow jela rentak diorang = idr 5,000
Kami Dinner ayam penyet di gerai sepanjang jalan malioboro je = idr 77,000

Shopping
Convenient store idr 12,000
Bakpia idr 15,000
Roti boy idr 10, 500


Day 3
🚩 timang beach gondola
Ok first destination on third day was here! Another famous spot among Malaysian & Singaporean. Ok kat sini korang boleh pilih untuk naik gondola (idr200/pax) or jambatan (idr100/pax). Of course kami naik jambatan je. Tak berapa berani naik gondola.
Sebelum sampai di timang beach tu korang kena naik ojek (motosikal) or jip. Jalan dia memang fuhh bertabah lah ya.
Jambatan idr 200,000

🚩 rumah hobbit
Ok next! Ke rumah hobbit sini nothing much cumanya korang boleh hiking untuk terus ke puncak songgo langit. Haa songgo langit ni memang best sebab atas bukit kan. View memang cantic and tenang ja. Kyra rasa macam tak turun time tu. Haha!

Ok penat jalan tu kami lunch dulu di kawasan rumah hobbit and again its ayam penyet = idr 49,000

🚩pintoe langit
Ok next! Sini spot begamba macam biasa. Nothing much.

🚩puncak becici
Ok next! Ok sini memang spot for sunset. Ramai sangat orang so better korang naik cepat2 and cari spot yang best untuk lepak dengan partner korang ya.
Ops kami ada beli ice cream = idr 6,000

🚩puncak pengger
Ok next! Sini memang cun habis untuk ambil gambar tapi dinasihatkan datang sini time malam and camera korang boleh ambil gambar malam ya. memang cun habis.

🚩cekin hotel
Ok done for the day, cekin hotel and keluar balik cari Dinner sekitar jalan malioboro = idr 60,000

Shopping
Baju anak menakan idr 41,000
Roti boy idr 21,000


Day 4
Breakfast idr 9,000
🚩keraton royal Yogyakarta
Ok first destination for day 4. Sini just untuk korang tengok sejarah diorang and adat istiadat raja diorang cumanya setiap benda dalam keraton (Istana) tak ada huraian so korang tengok dengan pandangan kosong jalah ye.

Empeng belinjo idr 5,000
🚩tamansari
Tempat bersejarah juga pastikan bawak cap or payung. Sangat panas.

🚩pantai parangtitis
Next! Sampai snii kami Lunch dulu =  idr 60,000
Kami tak jalan2 sangat kat sini sebab cuasa sangat panas so kami terus gerak ke next destination.

🚩gumuk pasir
Next! Sini selalunya untuk main luncur pasir tapi pastikan korang bawak baju salin ya. walaupon pasir tetap kotor nanti.
Ok done. Aktiviti kami habis awal hari ni so balik hotel je
Kami just jalan2 area malioboro street untuk beli souvenir untuk family
Kami dinner sekitar jalan malioboro = Dinner idr 67,000

Shopping
Bakpia 115,000
Kain batik idr 150,000
Air di indomart idr 10,000
Keychain 20,000
Baju 70,000
Batik sha 30,000


Day 5
🚩Airport adisutjipto yogyakarta
Last but not least flight kami awal pagi pukul 9 am
Sempat beli roti di airport dulu = Roti 0 idr 33,000

Arrived Malaysia
Inn sha Allah panjang umur jumpa lagi Yogyakarta.
God times come and go, but memories will last forever.

Comments

Popular posts from this blog

Butik Pengantin Penang (Island)

Bayar PTPTN Secara Online via JomPAY

Cara Upload Foto dari Galeri ke Instagram Stories