Bayar PTPTN Secara Online via JomPAY


Assalamualaikum/ Hai guys ! 

Aku dah bayar PTPTN hampir 5 bulan (Baru grad 2016 lorh)  
So bulan ni aku rasa aku nak try buat bayaran guna jobpay sbb tak ada charge.. haa huntungkan korang.

So untuk post ni aku akan cite pasal bayar pinjaman PTPTN tanpa caj melalui JomPAY. Nak tau lebih lanjut pasal JomPAY?


Logo JomPAY

Untuk buat bayaran online ada beberapa cara la jugak. Nak tau cara-cara bayar PTPTN secara online, klik di sini. Kalau buat direct transfer ada la caj-caj yang dikenakan seperti jadual kat bawah ni. 


Caj Bank PTPTN

Walaupun tak seberapa cajnya tapi kalau dapat free of charge (FOC) lagi bagus kan. Rupa-rupanya ada satu lagi pilihan untuk bayar secara online ni iaitu guna JomPAY. Untuk lihat bank-bank yang menyokong pembayaran melalui JomPAY ni, klik di sini.

Kat bawah ni aku share kan step-step guide macam mana nak bayar guna JomPAY melalui CIMB Clicks. Bank-bank lain boleh jugak, tapi sebab gaji aku masuk CIMB aku pakai CIMB Clicks ler.

1) Dapatkan Biller Code dan Ref-1. Klik di sini.


JomPAY PTPTN
Macam ni la rupanya. Masukkan No KP dan tekan CARI



Pinjaman Ujrah JomPAY
Bila dah tekan CARI, keluar macam ni

2) Log in ke CIMB Clicks.

3) Klik menu Pay dan klik Bills
CIMBClicks

4) Bila keluar menu macam kat bawah ni, pilih akaun mana untuk pembayaran tu sama ada akaun kad kredit, akaun simpanan atau akaun semasa. Semua boleh, janji ada duit.. hihi. Pastu tick kat JomPAY dan masukkan Biller Code tadi dan tekan 'Enter'.

CIMBClicks

5) Lepas tekan 'Enter' tadi, akan keluar dialog box camni. Kat Ref-1 tu isi balik nombor Ref-1 yang dah dapat tadi. Ref-2 tu isi nombor telefon korang. Kalau nak jadikan transaksi ni sebagai 'My favourites' biller, boleh tick kat ruangan yang kena tick tu dan masukkan Biller Nickname, contohnya JomPAY PTPTN. Lepas tu klik Proceed to Payment.

CIMBClicks

6) Lepas tekan 'Proceed to Payment' tu, akan keluar payment summary camni. Masukkan kod TAC dan tekan 'Confirm'.

CIMBClicks

7) Tarraa! dah siap bayar. Terima kasih PTPTN bayar aku nye tuition fee dulu. hihi.

CIMBClicks

ok korang selamat membayar hutang PTPTN ya !

Comments

Popular posts from this blog

Butik Pengantin Penang (Island)

Cara Upload Foto dari Galeri ke Instagram Stories