Bayar PTPTN Secara Online via Maybank2u


Hai,
kepada tuan empunya badan yang ada pembuat pinjaman dengan pihak PTPTN dan masih belum menjelaskan bayaran ansuran bulanan tersebut silalah free kan diri anda untuk baca artikel ini ya.
Hutang pinjaman PTPTN WAJIB dibayar selepas tamat belajar (within 6 months after your last semester not after your convocation date ya - take note guys!) . Biasanya perkara paling korang rasa bermasalah sangat adalah proses unutk membayar. Sebenarnya bukan MALAS, tapi sibuk sampai lupa nak bayar PTPTN. ngehh ngehh... 
sebenarnya terdapat banyak cara untuk membayar pinjaman PTPTN. Antaranya adalah dengan 
1. Terus pergi ke mana-mana pejabat cawangan PTPTN yang berdekatan.Tapi mana sempat kan nak pergi sana tambahan pula korang kerja kan. 
2. alternative kedua adalah pembayaran secara online kerana ia adalah salah satu cara mudah dan cepat untuk bayar PTPTN. 
Dalam post ini saya akan tunjukkan secara ringkas kepada anda cara-cara untuk bayar PTPTN secara online guna Maybank2u. Nanti jika free saya akan tulis cara guna Cimbclicks pulak.
Jika anda masih belum ada maybank2u, sila buat akaun maybank2u anda dengan segera. Bila dah ada cara mudah bayar online ni, jom kita gunakan dengan sebaiknya.
Cara Mula Bayar PTPTN Guna Maybank2u
1. Pertama sekali pergi ke website Maybank2u iaitu www.maybank2u.com.my. Login ke akaun maybank2u anda dengan mengisi username dan password. Login maybank2u macam biasa.

PTPTN-22. Apabila telah berjaya login. Pada bahagian kanan sebelah atas ada tulis Quick Link. Pilih (Bill Payment) dan klik butang ‘Go’. Seperti yang saya tunjukkan kotak merah dalam gambar di atas.

PTPTN-33. Kemudian anda akan dibawa pada halaman Payments seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Klik pada ‘Make a one-off payment’.

PTPTN-44. Seterusnya anda perlu pilih kategori ‘Education & Education Loans’seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Klik ‘Continue’.

PTPTN-55. Langkah seterusnya adalah perlu memilih company yang akan menerima bayaran dari anda. Untuk bayaran balik pinjaman PTPTN ini, anda perlu memilih ‘PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan kemudian klik ‘Continue’.

PTPTN-66. Pada halaman seterusnya ini isikan maklumat-maklumat penting seperti jumlah bayaran, Nombor Kad Pengenalan dan No Telefon anda. Isikan maklumat dengan betul dan klik butang ‘Continue’.

PTPTN-77. Akhir sekali, ini adalah langkah terakhir pembayaran menggunakan maybank2u. Ada perlu membuat pengesahan pembayaran menggunakan no TAC yang telah dihantar melalui SMS ke no telefon yang anda daftar untuk maybank2u. Selepas mengisi dan mengesahkan no TAC tadi anda klik ‘Confirm’.
Tahniah anda telah berjaya membuat pembayaran PTPTN menggunakan maybank2u!

Jika tiada apa-apa masalah, pembayaran guna maybank2u boleh selesai dalam masa beberapa minit saja. Pembayaran PTPTN guna maybank2u ni sangat mudah dan cepat serta menjimatkan masa kita.
Selepas beberapa hari cuba login ke akaun PTPTN anda juga. Login akaun PTPTN anda melalui link website PTPTN seperti dibawah:
Ini bagi memastikan pembayaran PTPTN yang kita buat telah pun di update ke dalam sistem mereka. Ini untuk pengesahan bagi memastikan pembayaran yang kita buat berjalan lancar.
Selamat membayar PTPTN guys !!

Comments

Popular posts from this blog

Butik Pengantin Penang (Island)

Bayar PTPTN Secara Online via JomPAY

Cara Upload Foto dari Galeri ke Instagram Stories