PTPTN - Senarai Hitam?
Apa perlu korang buat kalau di senarai hitam oleh PTPTN dalam CCRIS ?
Pilihan 1
a. Korang bolehlah pergi ke mana2 cawangan PTPTN berdekatan, untuk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
b. Sediakan wang tunai dalam RM1.5K - RM3K bagi pekerjaan tetap, untuk digunakan sebagai deposit pembayaran semula tunggakan PTPTN. Kadang2 tunggakan boleh mencecah RM8K so korang kenalah buat ayat sedih sikit if korang tak mampu bayar banyak.
c. Bila dah buat bayaran dibuat dan pegawai PTPTN setuju dengan amount bayaran tersebut, korang kena lengkapkan perjanjian penstrukturan semula pinjaman. Pegawai PTPTN akan bertanya berapa jumlah bayaran bulanan yang anda mampu bayar untuk keseluruhan pinjaman anda. Dari tempoh 5 tahun, sehinggalah tempoh 40 tahun. Tapi kena ingat, makin lama tempoh pembayaran, makin tinggi jumlah caj perkhidmatan @ bunga dikenakan..
d. lepas tu, sekiranya tiada sebarang masalah penukaran tersebut, so korang dah dikira berjaya dikeluarkan dari senarai hitam. Untuk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dalam perjanjian baru, korang boleh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.
Pilihan 2
a. Sediakan Sijil Tamat Belajar anda serta Penyata Terkini KWSP
b. Pergi ja mana2 cawangan PTPTN terekat, untuk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman korang.
c. Kalau korang tak mampu untuk sediakan tunai deposit pembayaran semula tunggakan. So, korang boleh pilih untuk keluarkan Akaun 2 KWSP. Part ni best, memang tak boleh mengelak. Jumlah akan ditentukan berdasarkan berapa amount yang ada pada Akaun 2 KWSP tu. Semakin banyak jumlah amaun anda, semakin banyak amaun yang akan di nego oleh Pegawa PTPTN terhadap kita untuk mengeluarkan kita dari senarai hitam CCRIS.
d. Lepas dah setuju, korang perlu bawa surat pengesahan daripada PTPTN ke KWSP, perlu juga bawa bersama surat tamat pengajian (yang original dan copy).
e. Korang akan diberi resit permohonan oleh KWSP, & resit itu perlu diberi kepada Pegawai PTPTN untuk urusan selanjutnya. Lepas itu, korang akan dimaklumkan yang korang akan dikeluarkan dari senarai hitam blacklist CCRIS. Lepas selesai urusan korang boleh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.
Nota:
Untuk kenal pasti korang disenarai hitam oleh CCRIS atau tidak, korang tak boleh bergantung pada website imigresen sahaja. Walaupun nama korang tak disenarai hitam oleh pihak imigresen dalam websitenya, korang tak boleh merasakan itu selamat. kemungkinan nama korang ada ja dalam CCRIS. Ini diberitahu oleh pegawai PTPTN semdiri. Perkara ini hanya boleh disemak setelah korang membuat sebarang permohonan pinjaman kepada institusi kewangan atau perbankan. Untuk makluman, sekarang pihak PTPTN telah menempatkan pegawainya di airport bagi urusan kenal pasti peminjam yang masih belum melunaskan bayaran tunggakan.
Semua info ini berdasarkan pengalaman saya sendiri pergi ke PTPTN untuk urusan keluarkan nama dari senarai hitam
Comments
Post a Comment